Posted by: ielaleiya on: September 16, 2010
Anak buah aku dah makin membesar. Bukan sahaja dari segi saiz tubuh badan tapi saiz suare yea puan-puan. Kalau dia menjerit rase macam bergegar rumah kami yang comel ini. Tu belum lagi kalau dia menangis dan mengeluarkan suare gaban dia..Fuyoooo.. lagi haru la gamaknye..
Tapi kalau dia diam nampak sangat comelnye tu. Dan nampak sangat muke tak bersalah tu.. Bile kite tegur, dia siap jeling lagi..hamboiii..
Mari lihat gambar di bawah..
yang semakin membesar dan kuat..
Tak lame lagi genaplah umur Zamir bulan. Bile dia regangkan badan dia, nampak sangat dia tinggi dan makin bulat..alahaiiii..
Posted by: ielaleiya on: September 11, 2010
Posted by: ielaleiya on: September 11, 2010
Posted by: ielaleiya on: September 10, 2010
Hari ni 1 Syawal iaitu hari raya Aidilfitri yang pertama.. Wahhhh…sangat best campur bosan… Yang bestnye ialah dapat beraya dengan sume adik-beradik (berkumpul) dan my new nephew. Zamir takde baju melayu sebab baby dalam hari takde baju melayu.. Puas aku acri tapi tak de. So, kitorang belikan Zamir baju tangan panjang dengan seluar panjang.. Malam tadi keluar dengan ibu.. Teruja tengok barang-barang baby yang cantik-cantik. Tapi takde saiz Zamir.
Yang tak bestnye plak raya kali ni ialah, macam takde suasana raya macam yang lepas-lepas. Takbir raya tak dengan sebab tak kuat dilaungkan (err..i tak pekak) dan sangat kurang lagu raya di putarkan. Sampai mira kate nak sama stesen radio sebab banyak lagu biasa dari lagu raya..
Aktiviti yang dijalankan sebelum raya kali ni, beli jeans, belts, new shoes (mention yang i tak beli bundle..HAHA..) sarung kusyen, karpet baru, bekas kuih raya baru dan macam -macam yang baru. Cume orang je lama dan tak bertukar baru..( zamir pon orang lama sebab dia dah lahir 25 hari.. hehe)
Aktiviti hari ni, masak, makan, makan, makan, makan, makan dan makan sahaja..HAHA..
Posted by: ielaleiya on: September 5, 2010
Hari ni puasa yang ke 26. Barulah terasa suasana nak raya ni. Hari ni jugak la aku mengemas rumah yang dah tak rupe rumah ni. Aku tukar cadar baru, cat rumah, kemas sane sikit, sini sikit.. Penat gile aku.. Pagi-pagi tadi dah pegi masjid. Balik rumah, kemas yang mane patut dulu. Perut dah senak semacam je ni…Lagi sejam nak berbuka..Selalunya abah yang beli juadah berbuka. Tapi hari ni aliq yang kene beli. Sebab dia pakai kereta. So, dia yang kene beli.. (wajib ok)
Hari ni sepatutnye aku kene berbuka kat masjid. Oleh sebab mira kate dia nak letak zamir sebab dia nak beli barang baby, jadi aku tak jadi berbuka kat masjid. Tapi yang aku bengannye, jangan kate muke mira, bayang kereta dia pun aku tak nampak lagi ni.. Nmapak gaye macam tak jadi je.. Ni yang boleh buat aku hangin satu badan ni. Pantang aku kalau dah cakap, sampai aku kensel-kensel program aku,last-last tak jadi..huh..grrrrrrr…
Yang aliq ni plak, kalau dia tak beli juadah berbuka ni, alamatnye aku berbuka air kosong je la jawabnye.. Hmmmm..
Semalam aku dengan ayin tukar beg yang ibu kutuk-kutuk tu.
Murah dan cantik..hehe..Hargenye rm40/-.. Aku tukar balik kat akak tu. Mule-mule ayin suruh aku amik duit je.. Tapi aku berkenan pulak bile tengok beg ni.. Nasib baik akak tu baik. Dia tak kesah pun aku tukar.. Dia kate as long as ade yang aku suke, boleh je nak tukar..hehe.. THANK AKAK COMEL!!
Pastu aku sambar pulak beg duit ni. Murah sangat.. pol ka dot Hitam Putih..hehe..rm10/- je..sangat berbaloi-baloi..Tapi yang peliknye, ibu diam je bile tengok aku beli ni..HAHA..
Posted by: ielaleiya on: September 4, 2010
Hari ni tak keje. Semalam tido pun lambat. Mate pun macam tak reti bahase. Makin pejam,makin celik. Baru terasa lamenye mase berlalu. Semalam beli tudung. Cantik sangat. Rase macam tak nak tanggal je..hahahaha… Baru aku tau yang si putih dah putus cinta.Kesian!! Tapi macam mane plak aku yang last tau nii???
Padahal kan ke aku ni yang paling busy body….hehehe…Cian putih. Aku ingat lagi putih dengan bangganya bagitau aku yang pakwe dia ade iras2 pelakon cite BONG tu. Mula2 memang aku tak percaya. Tapi bila aku dah tengok,baru aku percaya.
MEMANG SEIRAS!!!
Bila aku tanya putih kenapa putus,dengan selambenye sambil kontrol ayunye dia jawab ‘dah takde jodoh’. Mudahnye dia jawab. Macam je selambe,tapi muke sedih yang amat. Malas nak tanya banyak sangat. Kang nangis,aku jugak yang susah.Tak ke haru.. Kalau nak di ikutkan, sume orang akan mengalami frasa bercinta ni. Cume plot je yang berbeza. Dari berkenalan,proses mengenali hati budi,declare couple,bercouple,bergaduh,sampai la perpisahan yang diakibatkan oleh macam2 sebab.
Rumit jugak proses ni. Bayang kan la kalau 3 ke 4 kali putus cinta, tak ke haru nak mengulang frasa tu balik. Dah la makan mase yang lame… Ape2 pun itulah yang sepatutnye berlaku.Nak tak nak terpakse la lalui. Melainkan jodoh tu diaturkan oleh orang tua..hehehe..hei!!! ingat zaman sekarang takde ke pesen orang tua yang tentukan jodoh???? hehehe….
Posted by: ielaleiya on: September 4, 2010
Lagi 5 hari, umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Wahhh..tak sabar aku rase. Tapi jangan tak percaya, ape pun persiapan raye aku tak prepare lagi.. HAHA..
Semalam aku menjajap tengah-tengah malam bute ke Ampangan cari barang. Aku ade la beli satu beg tangan. Untuk ibu..Tapi ibu tak berkenan…Tu ok lagi la..Tapi yang aku hangin satu badan tu, dia siap kutuk lagi beg yang aku beli tu..Bertambah hangin la aku. Grrrrr… dah tak nak dah la. Ni main kutuk-kutuk plak.. Malam ni aku nak tukar beg tu dengan barang aku.. CONFIRM!!!
Semalam aku berbuka kat masjid sebab cik ru yang suruh Tapi penat berbuka kat masjid. Kene tolong-tolong plak lepas abis berbuka..MALAS..
Dah tu yang paling tak best tu, kak wawa tunang abang fareed pon tak de…BENCIIIIIIIIIIIIII….
Malam ni nak berbuka ape ekkk… Nak goreng kuew tiow macam dah jemu.. Nak beli murtabak, dah hari-hari la plak beli…Hmmmmm…
Rindu dengan Zamir. Anak buah aku tu balik port diskon.. Rindu gile aku.. Ni baru sehari. Kalau seminggu ntah macam mane la.. Yng abah pulak, dah start tengok gambar Zamir yang ade dalam handphone dia. Rindu kat cucu yea abah..HAHA..
Ibu dah nangis sebab rindu malam tadi.. Esok baru Zamir balik sini balik..
Posted by: ielaleiya on: Ogos 31, 2010
Hari ni penat sangat. Semua yang aku buat memang menampakkan kepenatan yang teramat sangat di raut wajah aku. cewahh..HAHA.. Semalam aku agak tak puas hati dengan perangai abah yang asyik suruh aku masak nasi je..nyampess.. Semalam hari kebenderaan aku yang second last. So, aku agak lazy nak buat kerja. Tapi bile dah dekat-dekat nak maghrib baru la aku rajik mengemas, dan menyiapkan meja makan ibarat aku yang puasa layaknya..hehehe..(pemalaskan aku ni???) TIDAK!!!! Aku tidak malas sebenarnye. Aku cube untuk memberikan rehat yang secukupnye buat diri aku dalam menikmati hari-hari “boleh makan” dalam bulan yang menidak bolehkan umatnya untuk makan di siang hari. Bulan Ramadhankan bulan yang mulia dalam segala bulan. Dan dalam bulan ni la, umat silam kena tahan lapar dan dahaga dalam cuaca yang panas terik dan dilambakkan dengan tugas yang banyak. TAPI.. Disebalik kelaparan dan kedahagaan yang teruk itu, (err..sebenarnye tak la teruk mane pun) nikmatnya teramat menguntungkan dan diberikan ganjaran yang sebesar-besarnye.. SAPE TAK NAK BEB..Orang yang tak nak tu memang la $$#@%!&^%^%$$ sangat..
Tapi yang amat menghampakan aku dalam bulan puasa ni, aku tak berkesempatan nak bertarawih kat masjid sebab aku ade kelas malam. Lebih-lebih lagi nak exam ni, lagi banyak tugasan yang kene siapkan dan aku kena study untuk final yang tak lama lagi. HAMPA GILEEE!!!
Padahal tahun ni aku dah berazam yang aku akan berterawih kat masjid. Tapi aku lupe kira final date exam. Aku rase aku la umat yang paling rugi dalam bulan ni. Tinggal 9 hari je lagi kite nak raye. Tapi persiapan raye aku tak prepare lagi. HEBAT BUKAN???
Macam tahun lepas, aku dengan ibu akan membelah malam (ewahh..macam k.l menjerit plak) mentengok bazar-bazar yang jual macam-macam yang bile aku tengok, aku boleh jadik histeria. Mase tu nak beli pun aku tengah sengkek.. Nak mintak kat ibu, nanti mesti ibu kan kate, ‘nanti tak pakai, lepas tu almari yang pakai’. Dialog tu merujuk kepada baju, tudung,seluar, kasut dan yang perkara yang aku tengok first time aku berkenan dan bile bawak balik umah, trus aku fed-up.. HAHA..
Bile ibu melakukan sport check, dipunggahnya semua khazanah aku, sambil tanye, ni nak pakai atau nak buang sampai habis barang-barang aku yang aku tak pernah tengok ( err..atau aku lupe yang aku pernah beli) dipunggahnye. Mase tu rase macam nak angkut barang-barang pindah kat negara lain yang aku boleh bikin semak sesuka hati aku. hehe.. TAPI…(mesti ade tapi…benci..) kalau ibu tak buat macam tu, bilik aku boleh jadi tempat harimau membiak dan menternak haiwan lain dengan jayanya.. HAHA.. (IBU YANG CAKAP)
Cube imagine aku bela harimau dalam bilik…( tak yah..lambat)
Gile ahh aku bela harimau dalam bilik. Mesti ibu tak masuk rumah dah time tu. Kepala ayam yang dah mati tu pun ibu takut.
Aku ingat lagi mase abah aku jadi security guard kat pusat bowling dulu. Banyak burung merpati yang datang bile abah bagi makanan..( prihatin kan?..) Tapi ade satu merpati tu, macam menyerah diri dekat abah. Abah lari, dia kejar. Abah kejar, dia lari.. Abah diam, dia pu diam. Abah guling, dia pun guling..( haaa..ni tipu..) Bile merpati yang lain dah terbang, yang sekor ni taknak terbang langsung. Bikle abah hulurkan tangan, dia datang dekat abah dan naik atas tangan abah. Bile time abah nak balik, kitorang amik abah. Abah kate dia nak bawak burung tu balik dan nak bela dekat umah. So, my abah suruh aku pegang burung tu dengan lembut dan penuh kasih sayang. Then, aku pun pegang la burung tu dengan rase kecintaan dan rase caring dan loving yang tak bleh blah. Tapi yang aku angin, burung tu try nak patuk tangan aku..Aku pun geram la. Aku pegang burung tu kuat-kuat supaya dia tak patuk tangan aku. Ibu yang duduk kat belakang tu, dah terjerit-jerit.. Ibu kate kalau burung tu terlepas, dia nak terjun dari kereta. HAHAHAHA… Aku dengan abah dah gelak-gelak dengan perangai takut ibu tu.
Sampai rumah, aku tengok burung tu dah lembik semacam. Aku kate kat abah yang burung tu dah lembik. Abah kate burung tu sakit kot. Tapi ibu kate aku yang bunuh burung tu. Sebab aku pegang burung tu kuat-kuat. Macam mane la aku tak pegang kuat, kang kalau terlepas, ade orang yang nak terjun dari kereta. Ibu diam. Bile dah confirm yang burung tu mati, aku pun tanam la burung tu kat pangkal pokok kat umah aku. Ade budak ni siap bace doa lagi..HAHAHA..
Tapi aku memang rase berdosa pasal burung tu mati dalam tangan aku. Dah dua ekor burung mati dalam tangan aku..Hmmmm… Tapi aku nak sedapkan hati, aku cakap dalam hati yang burung tu memang dah sakit…takkan la kau nak bawak burung tu pegi hospital buat autopsi plak kan ..
Tapi kalau aku kenang-kenang balik, memang aku ni terjal la. ( terjal tu bahasa jawa.) Aku orang jawa actually. hehe..
Penat laaa…